Khamis, 21 Mac 2013

Cabang Falsafah dalam pendidikan & pengajaran seni

 Bagaimana Cabang falasfah berkaitan dengan FPK


Falsafah dapat memberi rangka kerja kepada kita dalam kehidupan kita. Sebagai contoh kalau kita mahukan sesuatu kita mesti mempunyai matlamat, cara untuk mendapatkannya, dan cabaran yang perlu kita hadapai untuk mencapainya. Oleh itu, saya kongsikan mengenai apa yang saya belajar mengenai falsafah dalam Pendidikan dan Pengajaran Seni. Falsafah bukan saja memahami dengan lebih mendalam mengenai kurikulum tetapi juga kita dapat menghubungkan dengan sistem persepsi,nilai dan kepercayaan kita. Seperti yang saya nyatakan diatas falsafah dapat memberi rangka kerja (framework) seperti menetapkan matlamt pendidikan,kandungan yang terdapat didalamnya dan organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak.
Memahami Pelbagai cabang falsafah yang menjadi asas dalam pendidikan dan pengajaran seni iaitu:


Metafizik 
Dalam cabang falsafah Metafizik ini berkaitan dengan realiti fizik. Metafizik ini didefinisikan sebagai yang jauh melampaui hal fizikal dan kebendaan, iaitu terbitnya persoalan-persoalan yang jauh melampaui minda. Persoaln-persoaln yang timbul dari cabang metafizik ini hanya boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan saintifik,iaitu dengan peyelidikan yang lebih mendalam. Selain itu juga metafizik bersifat spekulatif dan berfokus kepada sesuatu isu contohnya seperti hubungan, sebab dan akibat.

Epistemologi
Manakala Epistemologi ini berkaitan pula dengan sifat semula jadi ilmu. Jawapan-jawapan kepada persoalan epistomologi memberikan peluang untuk kita berfikir secara rasional. Berfikir secara rasional adalah untuk kita memilih bahan yang layak untuk diajar dan dipelajari oleh kanak-kanak.Persoalan-persoalan yang diwujud dalam cabang epistemologi dapat diberikan jawapan dengan mudah melaui pengetahuan yang datang dari wahyu, kuasa,pancaindera malah jawapan ini juga boleh ditemui melalui eksperimen yang dijalankan.

Aksiologi
Perkataan aksiologi ini berasal dari perkataan yunani yang bermaksud nilai. Bagi cabang seterusnya ini, ia  berhubung berkait dengan nilai-nilai seperti etika dan agama. Aksiologi ini menumpukan pehatian kepada apa yang berlaku. Nilai ini juga berhubung dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sasiah.Sebagai contoh, etika kita ketika makan, apa yang kita buat untuk menjaga etika kita kekita makan. Bagi cabang falsafah ini, Nilai etika dan estetika terangkum dalam cabang falsafah aksiologi ini.

Logik
Cabang falsafah bagi logik ialah mengenai sains iaitu tentang pemikiran yang tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dengan prosedur untuk membezakan pemikiran yang dapat membantu anda berkomunikasi secara berkesan. Cabang ini juga mengajar kita memikir secara logikal dalam menjawab pelbagai pertanyaan.Bagi cabang falsafah ini terkandung kepada dua jenis logik iaitu:-


  • Logik deduktif-mengenai kesimpulan umun yang kemudian diterangkan secara teperinci.
  • Logik induktif-butiran dan penaklukan yang memberikan fokus. 

Rabu, 20 Mac 2013

Apa yang Kita patut tahu??

Apakah yang kita patut tahu mengenai plan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025?

Laporan plan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 terkandung 11 anjakan dalam penbangunan pendidikan Malaysia iaitu:-

  •  Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  •  Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  •  Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  •  Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  • Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  • Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  • Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  • Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  • Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  • Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  • Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Blog ini di Wujudkan..

Assalamualaikum w.b.t

 Blog Pendidikan & Pengajaran seni ialah sebuah blog yang dihasilkan oleh seorang pelajar dari Jabatan Kesenian Melayu, Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya sesi 2012/2013. Blog ini diwujudkan oleh saya adalah untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, pendapat,cerita-cerita yang menarik untuk dikongsi bersama mengenai Pendidikan & pengajaran seni. Pendidikan dan pengajaran seni ini ada salah satu subjek elektif yang terdapat dalam jabatan kesenian melayu.Saya berharap apa yang saya kongsikan bersama anda dapat kita manfaatkan bersama-sama dalam kehidupan kita seharian. Insya-Allah.