Khamis, 25 April 2013

Rancangan pengajaran tahun 4


Rancangan pengajaran dan pembelajaran harian 
Mata Pelajaran: Pendidikan seni
Kelas: Tahun 4
Masa: 12.40-1.40 petang (60 minit)
Bidang: Membuat corak dan rekaan.
Tajuk: Teknit Gosokan
Objektif:  Pada akhir pelajaran murid dapat:
1. Mengetahui tentang teknit gosokan yang dilakukan.
2. Memahami mengenai cara melakukan teknit gosokan.
3. Menghasilkan teknit gosokan dengan mengunakan barang-barang yang  diberikan.
Strategi pembelajaran & Pembelajaran
Sumber P&P: Paparan visual,Gambaran duit syiling, Kertas manila, dan Pensel  warna.
Alat/ Bahan:  Kertas lukisan
  Pensel Warna
  Duit syling yang pelbagai
  Kertas keras
  Gunting
  Gam
Teknit Penghasilan: Teknit tekap/gosok/warna/gunting/tampal


Semasa menjadi pemerhati cikgu seni di sk mela jerantut

Saya telah membuat tinjaun guru seni di sebuah sekolah di daerah Jerantut, Pahang. Saya telah memasuki kelas tahun satu Sekolah Rendah Kebangsaan Mela. Rancangan pengajaran dan pembelajaran pada waktu itu ialah menghasilkan origami yang berbentuk baju.Di sini saya nyatakan kaedah, strategi, teknit, dan pendekatan yang di gunakan oleh Cikgu Azimah iaitu cikgu pendidikan seni sekolah ini.  
Kaedah
  1.  Kaedah terus-Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.contonya apabila cikgu Azimah bertanyakan murid-murid tentang penghasilan origami seterusnya timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.
  2. Kaedah semulajadi- Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar iaitu Cikgu Azimah melekatkan origami yang beliau telah hasilkan   Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid contohnya perkataan origami.
  3. Kaedah oral-aural-kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur ini digunakan oleh cikgu azimah apabila beliau menhebut perkataan origami murid mengikutnya semula.                                               
             Strategi.
  1. Specific-Cikgu Azimah mempunyai matlamat yang jelas dan khusu iaitu untuk mengajar murid tentang origami.
  2. Measureable-Tahap pemahaman murid tentang origami boleh diukur melalui pemahaman murid tentang origami iatu kaedah lipatan.Murid yang dapat menghasilkan hasil origami baju seperti yang dikehendaki tanpa bantuan guru tidak ramai. Selebihkan sangat memerlukan bantuan guru kerana keliru tentang cara melipatnya.
  3. Attainable-Tugasan yang diberikan kepada murid dapat dilaksanan dengan pengasilan pelbagai jenis baju dan corak yang dihasilkan murid.
  4. Relevant-Tugasan yang dilakukan oleh murid berkaitan dengan kaedah mengenali origami. Penghasilan corak di setiap baju yang diarahkan oleh cikgu Azimah sangat berkait dengan seni.
  5. Time-Bound-Masa yang di perlukan bagi aktiviti ini sangat mencukupi, malah beberapa pelajar dapat memngasilkan beberapa jenis origami yang berbentuk baju ditambah dengan coraknya sekali.
              Teknit
  1. Teknit soal jawab-Teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan murid.Cikgu Azimah bertanyakan kepada murid mengenai origami dan murid menjawabnya.
  2. Teknik tunjuk cara-sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan murid bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna cikgu menunujukan cara-cara bagaimana bagi menghasilkan origami yang berbentuk baju.
              Pendekatan
  1. Pendekatan iduktif-Cikgu Azimah menerangkan dahulu mengenai origami kemudian dye menyatakan jenis-jenis origami dan seterusnya menunjukan cara-cara membuat origami yang berbentuk baju seterusnya cikgu azimah mengajar cara mencorak baju dan murid mengikutnya.
  2. Mengunakan bahan-Cikgu Azimah memaparkan visual origami baju dan memberi murid kertas yang berwarna bagi menghasilkan origami baju.
  3. Cara penyampaian guru-Penyampai Cikgu Azimah yang seakan bercerita membuatkan murid tetarik untuk melakuan origami baju ini.
    KESIMPULAN- Melalui pemerhatian saya terdapat segelintir yang tidak dapat mengikuti cara membuat origami baju mengikut masa yang ditetapkan. Selain itu murid juga keliru dan lupa cara untuk membuat origami baju ini walaupun sudah diterangkan.

Contoh origami yang dihasilkan oleh murid-murid.

Salah seorang murid yang menunjukan hasil origaminya.

ketua kelas bagi tahun 1 menunujkan origaminya

salah satu hasil origami murid

Proses mencorak baju.

murid sedang khusuk mencorakan origami mereka

Mencari idea bagi mencorakan origaminya.

pelbagai jenis corak yang dihasilkan oleh murid.



murid menunjukan hasil karya origaminya.


Rakan sepasukan.

murid menunujukan hasil origaminya berserta dengan coraknya

sekolah kebangsaan mela, jerantut

Isnin, 1 April 2013

Analisis Falsafah merujuk kepada pelbagai cabang falsafah.

Analisis Falsafah 

Ciri-ciri ringkas untuk menjadi seorang guru..

setiap insan yang bergelar guru hendaklah mempunyai ciri ini :-
  • Guru memiliki ilmu tentang matapelajaran atau perkara yang di ajar contohya pendidikan seni visual bagi blog ini.
  • Guru masih aktif sebagai ahli profesional keguruan.
  • Guru memahami proses pembelajaran.
  • Guru berperanan sebagai ‘broker pendidikan’.
  • Guru mesti menunjukkan contoh teladan yang baik supaya menjadi model atau ikutan pelajar.
  • Guru mesti sanggup untuk berubah dan menerima perubahan.
  • Guru mesti berlaku adil dna saksama terhadap pelajarnya tanpa mengambil kira bangsa atau agama.
  • Guru mesti melakukan persediaan untuk memngajar .
  • Guru mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan.
  • Guru berperanan sebagia pembuat keputusan yang berkesan.
  • Guru sentiasa mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan para pelajarnya.
  • Guru mesti optimis terhadap pembelajaran setiap pelajar 
  • Guru mesti yakin dengan kebolehan setiap orang pelajar. 
  • Guru mempunyai kemahiran untuk melakukan tugas-tugas penilaian.
  • Guru mempunyai kemahiran untuk bekerjasama 
  • Guru sentiasa menunjukkan minat yang berterusan terhadap tanggungjawab profesionalisme perguruan.
  • Guru menunjukkan minat yang meluas terhadap sebarang aktiviti yang ada kaitan dengan proses pembelajaran.
  • Guru juga mesti pandai berjenaka tetapi tidak berlebihan supaya tidak  menjatuhkan kewibawaannya sebagia seorang guru.
  • Guru mesti mahir mengenalpasti pelajar yang memerlukan perhatian khusus dalam pembelajaran.
  • Guru mesti menunjukkan kepada pelajar bagaimana matapelajaran yang dipelajari boleh digunakan di dalam aspek kehidupan seharian.
  • Guru mesti seorang yang boleh dipercayai.

Khamis, 21 Mac 2013

Cabang Falsafah dalam pendidikan & pengajaran seni

 Bagaimana Cabang falasfah berkaitan dengan FPK


Falsafah dapat memberi rangka kerja kepada kita dalam kehidupan kita. Sebagai contoh kalau kita mahukan sesuatu kita mesti mempunyai matlamat, cara untuk mendapatkannya, dan cabaran yang perlu kita hadapai untuk mencapainya. Oleh itu, saya kongsikan mengenai apa yang saya belajar mengenai falsafah dalam Pendidikan dan Pengajaran Seni. Falsafah bukan saja memahami dengan lebih mendalam mengenai kurikulum tetapi juga kita dapat menghubungkan dengan sistem persepsi,nilai dan kepercayaan kita. Seperti yang saya nyatakan diatas falsafah dapat memberi rangka kerja (framework) seperti menetapkan matlamt pendidikan,kandungan yang terdapat didalamnya dan organisasi yang terlibat secara langsung atau tidak.
Memahami Pelbagai cabang falsafah yang menjadi asas dalam pendidikan dan pengajaran seni iaitu:


Metafizik 
Dalam cabang falsafah Metafizik ini berkaitan dengan realiti fizik. Metafizik ini didefinisikan sebagai yang jauh melampaui hal fizikal dan kebendaan, iaitu terbitnya persoalan-persoalan yang jauh melampaui minda. Persoaln-persoaln yang timbul dari cabang metafizik ini hanya boleh dijawab dengan merujuk kepada siasatan saintifik,iaitu dengan peyelidikan yang lebih mendalam. Selain itu juga metafizik bersifat spekulatif dan berfokus kepada sesuatu isu contohnya seperti hubungan, sebab dan akibat.

Epistemologi
Manakala Epistemologi ini berkaitan pula dengan sifat semula jadi ilmu. Jawapan-jawapan kepada persoalan epistomologi memberikan peluang untuk kita berfikir secara rasional. Berfikir secara rasional adalah untuk kita memilih bahan yang layak untuk diajar dan dipelajari oleh kanak-kanak.Persoalan-persoalan yang diwujud dalam cabang epistemologi dapat diberikan jawapan dengan mudah melaui pengetahuan yang datang dari wahyu, kuasa,pancaindera malah jawapan ini juga boleh ditemui melalui eksperimen yang dijalankan.

Aksiologi
Perkataan aksiologi ini berasal dari perkataan yunani yang bermaksud nilai. Bagi cabang seterusnya ini, ia  berhubung berkait dengan nilai-nilai seperti etika dan agama. Aksiologi ini menumpukan pehatian kepada apa yang berlaku. Nilai ini juga berhubung dengan pengajaran nilai moral dan pengembangan sasiah.Sebagai contoh, etika kita ketika makan, apa yang kita buat untuk menjaga etika kita kekita makan. Bagi cabang falsafah ini, Nilai etika dan estetika terangkum dalam cabang falsafah aksiologi ini.

Logik
Cabang falsafah bagi logik ialah mengenai sains iaitu tentang pemikiran yang tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dengan prosedur untuk membezakan pemikiran yang dapat membantu anda berkomunikasi secara berkesan. Cabang ini juga mengajar kita memikir secara logikal dalam menjawab pelbagai pertanyaan.Bagi cabang falsafah ini terkandung kepada dua jenis logik iaitu:-


  • Logik deduktif-mengenai kesimpulan umun yang kemudian diterangkan secara teperinci.
  • Logik induktif-butiran dan penaklukan yang memberikan fokus. 

Rabu, 20 Mac 2013

Apa yang Kita patut tahu??

Apakah yang kita patut tahu mengenai plan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025?

Laporan plan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 terkandung 11 anjakan dalam penbangunan pendidikan Malaysia iaitu:-

  •  Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
  •  Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
  •  Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
  •  Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
  • Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
  • Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
  • Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
  • Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
  • Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
  • Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
  • Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Blog ini di Wujudkan..

Assalamualaikum w.b.t

 Blog Pendidikan & Pengajaran seni ialah sebuah blog yang dihasilkan oleh seorang pelajar dari Jabatan Kesenian Melayu, Akademik Pengajian Melayu, Universiti Malaya sesi 2012/2013. Blog ini diwujudkan oleh saya adalah untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, pendapat,cerita-cerita yang menarik untuk dikongsi bersama mengenai Pendidikan & pengajaran seni. Pendidikan dan pengajaran seni ini ada salah satu subjek elektif yang terdapat dalam jabatan kesenian melayu.Saya berharap apa yang saya kongsikan bersama anda dapat kita manfaatkan bersama-sama dalam kehidupan kita seharian. Insya-Allah.